Pembukaan bandar-bandar utama selepas kewafatan baginda SAW

TEKS BAHASA ARAB

لعلكم ستفتحون بعدي مدائن عظاما، وتتخذون في أسواقها مجالس، فإذا كان ذلك؛ فردوا السلام، وغضوا أبصاركم، واهدوا الأعمى، وأعينوا المظلوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga kamu akan membuka bandar-bandar utama selepas kewafatanku dan kamu menjadikan majlis-majlis (tempat duduk) wujud di pasar-pasarnya. Apabila hal itu berlaku, maka jawablah salam (ke atas orang yang memberi salam), tundukkanlah pandangan kamu, tunjukkanlah (bimbinglah) orang yang buta dan bantulah orang yang dizalimi (ditindas).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369, hadis nombor 6973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن وحشي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لعلكم ستفتحون بعدي مدائن عظاما، وتتخذون في أسواقها مجالس، فإذا كان ذلك؛ فردوا السلام، وغضوا أبصاركم، واهدوا الأعمى، وأعينوا المظلوم.
[طب، ((الضعيفة)) (5937)]

(Lemah)
Daripada Wahshi RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Semoga kamu akan membuka bandar-bandar utama selepas kewafatanku dan kamu menjadikan majlis-majlis (tempat duduk) wujud di pasar-pasarnya. Apabila hal itu berlaku, maka jawablah salam (ke atas orang yang memberi salam), tundukkanlah pandangan kamu, tunjukkanlah (bimbinglah) orang yang buta dan bantulah orang yang dizalimi (ditindas).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5937)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs