Pembuka Kitab (Surah al-Fatihah) diturunkan daripada sebuah khazanah di bawah ‘Arasy

TEKS BAHASA ARAB

نزلت فاتحة الكتاب من كنز تحت العرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pembuka Kitab (Surah al-Fatihah) diturunkan daripada sebuah khazanah di bawah ‘Arasy.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1855, hadis nombor 9370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- رفعه: ((نزلت فاتحةُ الكتابِ من كنزٍ تحت العرشِ)).
[فر، ((الضعيفة))، (4024)].

(Lemah) Daripada Ali RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pembuka Kitab (Surah al-Fatihah) diturunkan daripada sebuah khazanah di bawah ‘Arasy.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4024].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs