Pemberi syafaat itu ada lima

TEKS BAHASA ARAB

الشفعاء خمسة : القرآن، والرحم، والأمانة، ونبيكم، وأهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pemberi syafaat itu ada lima: al-Quran, sifat suka menghubungkan silaturrahim, sifat amanah, Nabi kamu, dan juga ahli keluarga Baginda SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis nombor 317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌الشفعاء ‌خمسة: ‌القرآن، ‌والرحم، ‌والأمانة، ‌ونبيكم، ‌وأهل ‌بيته)).
[فر، ابن حمزة الفقيه في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (‌‌3762)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘: “Pemberi syafaat itu ada lima: al-Quran, sifat suka menghubungkan silaturrahim, sifat amanah, Nabi kamu, dan juga ahli keluarga Baginda SAW.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, Muḥammad ibn Ḥamzah al-Faqīh dalam Aḥādīth beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3762).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs