Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشُّفَعاءُ خَمسةٌ: القُرآنُ، والرَّحمُ، والأمانةُ، ونبيُّكُم، وأَهْلُ بيتِه.
Teks Bahasa Melayu
Pemberi syafaat itu ada lima: al-Quran, sifat suka menghubungkan silaturrahim, sifat amanah, Nabi kamu, dan juga ahli keluarga Baginda SAW.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis no. 317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((الشفعاء خمسة: القرآن، والرحم، والأمانة، ونبيكم، وأهل بيته)). [فر، ابن حمزة الفقيه في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (3762)]
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘: “Pemberi syafaat itu ada lima: al-Quran, sifat suka menghubungkan silaturrahim, sifat amanah, Nabi kamu, dan juga ahli keluarga Baginda SAW.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, Muḥammad ibn Ḥamzah al-Faqīh dalam Aḥādīth beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3762).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman