TEKS BAHASA ARAB
براءة من الكبر: لبوس الصوف ومجالسة فقراء المسلمين وركوب الحمار واعتقال العنز.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pembebasan daripada sifat sombong (adalah): Memakai pakaian berbulu, duduk bersama golongan fakir miskin dalam kalangan orang Islam, menunggang keldai, dan mengikat (memelihara) kambing betina (untuk susunya).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598 – 599, hadis nombor 3091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((براءة من الكبر: لبوس الصوف ومجالسة فقراء المسلمين وركوب الحمار واعتقال العنز)). [حل، ((الضعيفة)) (1671)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Pembebasan daripada sifat sombong (adalah): Memakai pakaian berbulu, duduk bersama golongan fakir miskin dalam kalangan orang Islam, menunggang keldai, dan mengikat (memelihara) kambing betina (untuk susunya).)) [Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1671].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.