Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pembebasan daripada sifat sombong

Teks Bahasa Arab

براءةٌ من الكبرِ: لَبُوسُ الصُّوفِ، و مُجالسةُ فقراءِ المسلمينَ، و رُكوبُ الحمارِ، و اعتقالُ العَنزِ.

Teks Bahasa Melayu

Pembebasan daripada sifat sombong (adalah): Memakai pakaian berbulu, duduk bersama golongan fakir miskin dalam kalangan orang Islam, menunggang keldai, dan mengikat (memelihara) kambing betina (untuk susunya).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598 - 599, hadis no. 3091.

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌براءة ‌من ‌الكبر: لبوس الصوف ومجالسة فقراء المسلمين وركوب الحمار واعتقال العنز)). [حل، ((الضعيفة)) (1671)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Pembebasan daripada sifat sombong (adalah): Memakai pakaian berbulu, duduk bersama golongan fakir miskin dalam kalangan orang Islam, menunggang keldai, dan mengikat (memelihara) kambing betina (untuk susunya).)) [Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1671].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.