Pembaca surah Iqtarabat (al-Qamar)

TEKS BAHASA ARAB

قارئ {اقتربت} تدعى في التوراة المبيضة تبيض وجه صاحبها يوم تسود الوجوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pembaca surah Iqtarabat (al-Qamar), surah Iqtarabat disebut dalam Taurat dengan nama al-Mubayyidhah (Pemutih), ia memutihkan wajah pembacanya pada hari hitamnya wajah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 60, hadis nombor 332. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia adalah hadith yang sebelumnya, hadith rekaan pendusta, seorang yang jahil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs