Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَخْرُفُ قَارِئُ الْقُرْآنِ
Teks Bahasa Melayu
Pembaca al-Quran tidak akan nyanyuk.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 78, hadis no. 456. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Lahiq bin al-Husain, beliau disepakati sebagai pendusta. Hadith ini adalah salah satu hadith yang dinilai sendiri oleh penulis (al-Suyuti) sebagai palsu dalam Zail al-La'ali. Antara kebetulan yang melucukan ialah keserasian iaitu sebagaimana permulaan kita melakukan kritikan terhadap penulis (al-Suyuti) bagi hadith yang beliau sendiri mengakui kepalsuannya, begitu juga pada penutup kita (melakukan kritikan) terhadap hadith yang beliau sendiri menilainya sebagai palsu juga. Hadith ini adalah yang terakhir yang kami temui daripada hadith-hadith palsu dalam kitab ini sekalipun masih ada lagi hadith-hadith lain sebagaimana yang telah kami sebutkan pada permulaan juzuk ini. Dan Allah jua petunjuk ke arah kebenaran.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman