Pemakai cincin batu akik tidak akan ditakdirkan baginya melainkan dengan apa yang lebih membahagiakan

TEKS BAHASA ARAB

انطلق إلى السوق واشتر له نعلا، ولا تكن سوداء، واشتر له خاتما، وليكن فصه عقيقا؛ فإنه من تختم بالعقيق لم يقض له إلا الذي هو أسعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergilah ke pasar dan belilah untuknya selipar dan janganlah ia berwarna hitam serta belilah cincin untuknya dan pastikan batunya daripada akik kerana barang siapa yang memakai cincin daripada batu akik maka tidak akan ditentukan (suatu ketentuan) baginya melainkan dengan perkara yang lebih mambahagiakan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis nombor 8254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة قالتْ: أتى بعض بني جعفر إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! أرسل معي من يشتري لي نعلا وخاتما. فدعا النبي – صلى الله عليه وسلم – بلالا، فقال: ((انطَلِقْ إلى السُّوقِ واشْتَرِ له نَعْلاً، ولا تَكُنْ سَوْدَاءَ، واشْتَرِ له خَاتماً، ولْيَكُنْ فَصُّهُ عقيقاً؛ فإنهُ مَنْ تَخَتَّمَ بالعَقِيقِ لم يُقْضَ له إلا الذي هو أَسْعَدُ)). [ابن حبان في ((الثقات))، طس، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5573، 5763)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RA berkata: Telah datang beberapa orang dari Bani Jaafar kepada Nabi SAW maka dia berkata: Demi ayahku, kamu dan ibuku wahai Rasulullah! Hantarkan sesesorang bersamaku untuk membelikan selipar dan cincin untukku. Kemudian Nabi SAW memanggil Bilal lalu berkata: Pergilah ke pasar dan belilah untuknya selipar dan janganlah ia berwarna hitam serta belilah cincin untuknya dan pastikan batunya daripada akik kerana barang siapa yang memakai cincin daripada batu akik maka tidak akan ditentukan (suatu ketentuan) baginya melainkan dengan perkara yang lebih mambahagiakan.))
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.5573,5763].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.