Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انطَلِقْ إلى السُّوقِ واشْتَرِ له نَعْلاً، ولا تَكُنْ سَوْدَاءَ، واشْتَرِ له خَاتماً، ولْيَكُنْ فَصُّهُ عقيقاً؛ فإنهُ مَنْ تَخَتَّمَ بالعَقِيقِ لم يُقْضَ له إلا الذي هو أَسْعَدُ.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah ke pasar dan belilah untuknya selipar dan janganlah ia berwarna hitam serta belilah cincin untuknya dan pastikan batunya daripada akik kerana barang siapa yang memakai cincin daripada batu akik maka tidak akan ditentukan (suatu ketentuan) baginya melainkan dengan perkara yang lebih mambahagiakan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis no. 8254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Aisyah RA berkata: Telah datang beberapa orang dari Bani Jaafar kepada Nabi SAW maka dia berkata: Demi ayahku, kamu dan ibuku wahai Rasulullah! Hantarkan sesesorang bersamaku untuk membelikan selipar dan cincin untukku. Kemudian Nabi SAW memanggil Bilal lalu berkata: Pergilah ke pasar dan belilah untuknya selipar dan janganlah ia berwarna hitam serta belilah cincin untuknya dan pastikan batunya daripada akik kerana barang siapa yang memakai cincin daripada batu akik maka tidak akan ditentukan (suatu ketentuan) baginya melainkan dengan perkara yang lebih mambahagiakan.)) [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5573,5763].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman