Peliharalah masjid-masjid ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعاهدوا هذه المساجد بالتجصيص والقناديل والسرج والريح الطيبة والتوسع على أهليكم بالطعام والإدام والكسوة في رمضان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peliharalah masjid-masjid ini dengan kapur, lampu pelita, cahaya dan bau-bauan yang wangi serta berilah ahli keluarga kalian makanan, lauk-pauk dan pakaian pada bulan Ramadan.

STATUS

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه الحسين بن علوان يضع وأبان متروك.

Di dalam sanadnya terdapat al-Husain Bin Ulwan. Beliau antara individu yang memalsukan hadith. Aban pun adalah seorang perawi matruk.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.