TEKS BAHASA ARAB
اتخذوا الحمام المقاصيص فإنها تلهي الجن عن صبيانكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Peliharalah burung merpati yang telah dipotong bulu sayapnya kerana ia melekakan jin daripada (mengganggu) anak-anak kecil kalian.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis nombor 3020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما – مرفوعا: ((اتخذوا الحمام المقاصيص فإنها تلهي الجن عن صبيانكم)). [عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (18)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Peliharalah burung merpati yang telah dipotong bulu sayapnya kerana ia melekakan jin daripada (mengganggu) anak-anak kecil kalian. [Riwayat Ibn 'Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 18].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.