Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتَّخِذُوا الْحَمَامَ الْمَقَاصِيصَ فَإِنَّهَا تُلْهِي الْجِنَّ عَنْ صِبْيَانِكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Peliharalah burung merpati yang telah dipotong bulu sayapnya kerana ia melekakan jin daripada (mengganggu) anak-anak kecil kalian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis no. 3020.
(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما – مرفوعا: ((اتخذوا الحمام المقاصيص فإنها تلهي الجن عن صبيانكم)). [عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (18)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Peliharalah burung merpati yang telah dipotong bulu sayapnya kerana ia melekakan jin daripada (mengganggu) anak-anak kecil kalian. [Riwayat Ibn 'Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 18].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman