Peliharalah burung merpati yang berjambul di kepala,

TEKS BAHASA ARAB

 اتَّخِذُوا الْحَمَامَ الْمَقَاصِيصَ فَإِنَّهَا تُلْهِي الْجِنَّ عَنْ صِبْيَانِكُم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peliharalah burung merpati yang berjambul di kepala, kerana burung tersebut akan mengalihkan perhatian jin daripada anak-anak kecil kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri lain hadis palsu ialah hadis-hadis tentang burung merpati. Tidak ada satu pun yang sahih.
Seperti hadis: …

اتَّخِذُوا الْحَمَامَ الْمَقَاصِيصَ فَإِنَّهَا تُلْهِي الْجِنَّ عَنْ صِبْيَانِكُم
“Peliharalah burung merpati yang berjambul di kepala, kerana burung tersebut akan mengalihkan perhatian jin daripada anak-anak kecil kalian.”
——————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad (5/279) daripada Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu’at (3/194). Ibnu Jauzi mengulas bahawa: Hadis ini maudhu’ (palsu) dan perawinya terdapat Muhammad bin Ziyad. Dia adalah pendusta yang memalsukan hadis ini. Rujuk: al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 173).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon