Peliharalah apa yang di antara dua janggutmu (mulut) dan di antara dua kakimu (kemaluan)

TEKS BAHASA ARAB

احفظ ما بين لحييك وبين رجليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peliharalah apa yang di antara dua janggutmu (mulut) dan di antara dua kakimu (kemaluan). Dia berkata: Lalu aku pun berlalu dalam keadaan aku berkata: Memadai untukku.

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 9989, hadis nombor 9964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا الفظ)) عن صعصعة بن ناجية -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له: ((احفظ ما بين لحييك وبين رجليك)). قال: فوليت وأنا أقول: حسبي.
[الضياء، ((الضعيفة)) (2102)].

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Sa’sa’ah bin Najiyah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: “Peliharalah apa yang di antara dua janggutmu (mulut) dan di antara dua kakimu (kemaluan)”. Dia berkata: Lalu aku pun berlalu dalam keadaan aku berkata: Memadai untukku.
[Riwayat al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2102].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs