Daif Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
احْفَظْ ما بين لَحْيَيْكَ وبين رِجْلَيْكَ. قال: فوليت وأنا أقول : حسبي.
Teks Bahasa Melayu
Peliharalah apa yang berada antara dua janggut kamu (iaitu mulut) dan apa yang berada antara dua kaki kamu (iaitu kemaluan). Baginda berkata : Kamu ingin beredar ? Lalu aku berkata : Cukuplah buat aku.
Sahabat Perawi
- So’so’ah bin Najiyah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis no. 102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا اللفظ) عن صعصعة بن ناجية أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له : ((احفظ ما بين لحييك وبين رجليك)). قال: فوليت وأنا أقول: حسبي. [الضياء، ((الضعيفة)) (2102)].
(Daif Dengan Lafaz Ini) Daripada So’so’ah bin Najiyah, dia menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W berkata kepadanya: Maksudnya : Peliharalah apa yang berada antara dua janggut kamu (iaitu mulut) dan apa yang berada antara dua kaki kamu (iaitu kemaluan). Baginda berkata : Kamu ingin beredar? Lalu aku berkata : Cukuplah buat aku. [Riwayat al-Dhiya’. Lihat Silsilah Al-Da’ifah, no. 2102]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman