Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السَائِحُونَ هُمُ الصَائِمُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan al-Saihin (pelancong/pengembara), lalu Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang yang berpuasa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis no. 7488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: سئل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - عن السائحين، فقال: ((هم الصائمون)). [ك،((الضعيفة)) (3729)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan al-Saihin (pelancong/pengembara), lalu Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang yang berpuasa. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3729]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman