Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pelajarilah sebahagian ilmu tentang bintang, wanita dan nasab keturunan

Teks Bahasa Arab

تعلَّموا من أمرِ النُّجومِ ما تَهتدوا بِهِ في ظُُلُمات البرِّ والبحرِ ثمَّ انتَهوا، وَمنَ أمرِ النِّساء ما يحلُّ لكم وما يحرمُ عليْكُم ثمَّ انتَهوا، ومنَ الأنسابِ ما تصِلوا بِهِ أرحامَكم ثمَّ انتَهوا.

Teks Bahasa Melayu

Pelajarilah sebahagian perkara berkaitan bintang yang boleh kamu jadikan petunjuk ketika kegelapan sewaktu di darat mahupun di lautan, setelah itu berhentilah. Begitu juga sebahagian perkara berkenaan wanita, apa yang halal untuk kamu dan apa yang haram kepada kamu, setelah itu berhentilah. Juga sebahagian ilmu nasab yang boleh menghubungkan ikatan-ikatan rahim kamu, setelah itu berhentilah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1262, hadis no. 6449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: تعلموا من أمر النجوم ما تهتدوا به في ظلمات البر والبحر ثم انتهوا، ومن أمر النساء ما يحل لكم وما يحرم عليكم ثم انتهوا، ومن الأنساب ما تصلوا به أرحامكم ثم انتهوا. [فر، ((الضعيفة)) (3408)].

(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Pelajarilah sebahagian perkara berkaitan bintang yang boleh kamu jadikan petunjuk ketika kegelapan sewaktu di darat mahupun di lautan, setelah itu berhentilah. Begitu juga sebahagian perkara berkenaan wanita, apa yang halal untuk kamu dan apa yang haram kepada kamu, setelah itu berhentilah. Juga sebahagian ilmu nasab yang boleh menghubungkan ikatan-ikatan rahim kamu, setelah itu berhentilah. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3408]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.