Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah tanda ketakutan

TEKS BAHASA ARAB

تعلموا العلم؛ فإن تعليمه لله خشية، وطلبه عبادة، ومذاكرته تسبيح، والبحث عنه جهاد، وتعليمه لمن لا يعلمه صدقة، وبذله لأهله قربة؛ لأنه معالم الحلال والحرام، ومنار سبل أهل الجنة، وهو الأنس في الوحشة، والصاحب في الغربة، والمحدث في الخلوة، والدليل على السراء والضراء، والسلاح على الأعداء، والزين عند الأخلاء؛ يرفع الله به أقواما؛ فيجعلهم في الخير قادة وأئمة تقتص آثارهم، ويقتدى بأفعالهم، وينتهى إلى رأيهم، ترغب الملائكة في خلتهم، وبأجنحتها تمسحهم، يستغفر لهم كل رطب ويابس، وحيتان البحر وهوامه، وسباع البر وأنعامه؛ لأن العلم حياة القلوب من الجهل، ومصابيح الأبصار من الظلم؛ يبلغ العبد بالعلم منازل الأخيار، والدرجات العلى في الدنيا والآخرة، التفكر فيه يعدل الصيام، ومدارسته تعدل القيام، به توصل الأرحام، وبه يعرف الحلال من الحرام؛ هو إمام العمل والعمل تابعه، ويلهمه السعداء، ويحرمه الأشقياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah tanda ketakutan, menuntutnya adalah ibadah, muzakarah ilmu adalah tasbih, melakukan kajian terhadap ilmu adalah jihad, mengajarkannya kepada kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, mengusahakannya kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri) kerana dia mengajarkan perkara halal dan haram, menerangi jalan-jalan penduduk syurga, dia adalah yang paling jinak dalam kalangan yang liar, ia adalah sahabat ketika bersendirian, ia adalah pembicara ketika berseorangan, ia adalah petunjuk ketika senang dan susah, ia senjata menghadapi musuh, ia adalah perhiasan ketika bersahabat, dengannyalah Allah akan mengangkat beberapa golongan, lalu Allah jadikan mereka ketua dan pemimpin dalam kebaikan yang diikuti jejak langkah mereka, dituruti perbuatan-perbuatan mereka, diakhiri pada pendapat-pendapat mereka, malaikat suka bersama mereka, malaikat menyapu mereka menggunakan sayap-sayapnya, setiap yang kering mahupun basah memohon keampunan untuknya, ikan-ikan di laut dan jentik-jentiknya, haiwan buas di daratan dan binatang-binatang lainnya kerana ilmu menghidupkan hati daripada kejahilan, menjadi pelita-pelita penglihatan daripada kezaliman, dengan ilmu itu hamba boleh mencapai kedudukan yang terpilih, kedudukan-kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat, berfikir tentang ilmu menyamai pahala puasa, mempelajarinya menyamai pahala qiyam, kerana ilmulah hubungan-hubungan rahim disambung, halal dan haram diketahui, ia adalah imam bagi amal dan amal mengikutinya, orang-orang bahagia mendapat ilham untuk ilmu tersebut sedangkan orang-orang celaka pula tidak mendapatkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1286 – 1287, hadis nombor 6584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تعلموا العلم؛ فإن تعليمه لله خشية، وطلبه عبادة، ومذاكرته تسبيح، والبحث عنه جهاد، وتعليمه لمن لا يعلمه صدقة، وبذله لأهله قربة؛ لأنه معالم الحلال والحرام، ومنار سبل أهل الجنة، وهو الأنس في الوحشة، والصاحب في الغربة، والمحدث في الخلوة، والدليل على السراء والضراء، والسلاح على الأعداء، والزين عند الأخلاء؛ يرفع الله به أقواما؛ فيجعلهم في الخير قادة وأئمة تقتص آثارهم، ويقتدى بأفعالهم، وينتهى إلى رأيهم، ترغب الملائكة في خلتهم، وبأجنحتها تمسحهم، يستغفر لهم كل رطب ويابس، وحيتان البحر وهوامه، وسباع البر وأنعامه؛ لأن العلم حياة القلوب من الجهل، ومصابيح الأبصار من الظلم؛ يبلغ العبد بالعلم منازل الأخيار، والدرجات العلى في الدنيا والآخرة، التفكر فيه يعدل الصيام، ومدارسته تعدل القيام، به توصل الأرحام، وبه يعرف الحلال من الحرام؛ هو إمام العمل والعمل تابعه، ويلهمه السعداء، ويحرمه الأشقياء.
[ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5293)]

(Palsu)
Daripada Mu’az bin Jabal RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah tanda ketakutan, menuntutnya adalah ibadah, muzakarah ilmu adalah tasbih, melakukan kajian terhadap ilmu adalah jihad, mengajarkannya kepada kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, mengusahakannya kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri) kerana dia mengajarkan perkara halal dan haram, menerangi jalan-jalan penduduk syurga, dia adalah yang paling jinak dalam kalangan yang liar, ia adalah sahabat ketika bersendirian, ia adalah pembicara ketika berseorangan, ia adalah petunjuk ketika senang dan susah, ia senjata menghadapi musuh, ia adalah perhiasan ketika bersahabat, dengannyalah Allah akan mengangkat beberapa golongan, lalu Allah jadikan mereka ketua dan pemimpin dalam kebaikan yang diikuti jejak langkah mereka, dituruti perbuatan-perbuatan mereka, diakhiri pada pendapat-pendapat mereka, malaikat suka bersama mereka, malaikat menyapu mereka menggunakan sayap-sayapnya, setiap yang kering mahupun basah memohon keampunan untuknya, ikan-ikan di laut dan jentik-jentiknya, haiwan buas di daratan dan binatang-binatang lainnya kerana ilmu menghidupkan hati daripada kejahilan, menjadi pelita-pelita penglihatan daripada kezaliman, dengan ilmu itu hamba boleh mencapai kedudukan yang terpilih, kedudukan-kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat, berfikir tentang ilmu menyamai pahala puasa, mempelajarinya menyamai pahala qiyam, kerana ilmulah hubungan-hubungan rahim disambung, halal dan haram diketahui, ia adalah imam bagi amal dan amal mengikutinya, orang-orang bahagia mendapat ilham untuk ilmu tersebut sedangkan orang-orang celaka pula tidak mendapatkannya.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5293]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs