Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَلَّمْهُ يعني القرآنَ فَإِنَّمَا مِثْلُ الْقُرْآنِ كَجِرَابٍ مَلَأْتَهُ مِسْكاً مَوْضُوعاً كَذَلِكَ مَثَلُ الْقُرْآنِ إِذَا قَرَأْتَهُ وكَانَ فِي صَدْرِكَ
Teks Bahasa Melayu
Pelajarilah al-Quran. Al-Quran ini seumpama bekas yang kamu isi dengan pewangi di seluruh sudut. Demikian juga al-Quran jika kamu membacanya, ia akan berada dalam dadanya.
Sahabat Perawi
- ‘Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086, hadis no. 5522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Uthman RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW mengutuskan sebuah delegasi ke Yaman, Baginda melantik seorang ketua yang merupakan individu paling muda dalam pasukan tersebut. Namun sudah berlalu beberapa hari dia belum bertolak. Nabi SAW bertemu salah seorang ahli pasukan delegasi tersebut: Wahai fulan, mengapakah kamu belum bertolak. Lelaki tersebut menjawab: Wahai Rasulullah, ketua kami kakinya sakit. Nabi SAW bertemu dengan ketua pasukan dan meniup kepadanya bacaan: Dengan nama Allah, dengan bantuan Allah, saya memohon perlindungan dengan keagungan-Nya dan kemampuan-Nya jua, daripada kejahatan yang ada padanya (kaki) sebanyak tujuh kali. Maka ketua pasukan kembali sembuh. Seorang lelaki tua bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kamu melantiknya mengetuai kami padahal dia paling muda? Nabi SAW memberitahu bahawa lantikan itu berdasarkan bacaan al-Qurannya. Lelaki tua berkata: Kalaulah bukan kerana saya risau saya akan menjadi ketua, saya tidak akan mempelajari al-Quran. Maka Baginda bersabda, Pelajarilah al-Quran. Al-Quran ini seumpama bekas yang kamu isi dengan pewangi. Demikian juga al-Quran jika kamu membacanya, ia akan berada dalam dadanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6483]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman