Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pekerjaan yang paling baik adalah pekerjaan sebagai peniaga

Teks Bahasa Arab

إنَّ أطيبَ الكَسبِ كسبُ التُّجَّارِ الَّذينَ إذا حدَّثوا لم يَكْذِبوا، وإذا ائتُمِنوا لم يَخونوا، وإذا وعَدوا لم يُخلِفوا ، وإذا اشتَرَوا لم يَذمُّوا، وإذا باعوا لم يُطْروا ، وإذا كانَ علَيهم لم يَمطُلوا، وإذا كانَ لَهُم لم يُعسِّروا.

Teks Bahasa Melayu

Pekerjaan yang paling baik adalah pekerjaan sebagai peniaga, yang apabila mereka bercakap mereka tidak menipu dan apabila mereka diberikan amanah, mereka tidak khianat, apabila mereka berjanji mereka tidak memungkiri janji, apabila mereka membeli mereka tidak mencaci, apabila mereka menjual mereka tidak memuji berlebihan, jika mereka berhutang mereka menangguh pembayaran, dan apabila mereka memberi hutang, mereka tidak menyusahkan.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 602, hadis no. 3116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أطيب الكسب ‌كسب ‌التجار؛ الذين إذا حدثوا؛ لم يكذبوا، وإذا ائتمنوا؛ لم يخونوا، وإذا وعدوا؛ لم يخلفوا، وإذا اشتروا؛ لم يذموا، وإذا باعوا؛ لم يطروا، وإذا كان عليهم؛ لم يمطلوا، وإذا كان لهم؛ لم يعسروا)). [ابن أبي حاتم في ((العلل))، عد، هب، ((الضعيفة)) (2404)].

(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Pekerjaan yang paling baik adalah pekerjaan sebagai peniaga, yang apabila mereka bercakap mereka tidak menipu dan apabila mereka diberikan amanah, mereka tidak khianat, apabila mereka berjanji mereka tidak memungkiri janji, apabila mereka membeli mereka tidak mencaci, apabila mereka menjual mereka tidak memuji berlebihan, jika mereka berhutang mereka menangguh pembayaran, dan apabila mereka memberi hutang, mereka tidak menyusahkan.)) [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’ dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2404].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.