Pekerjaan orang-orang lelaki yang baik

TEKS BAHASA ARAB

عمل الأبرار من الرجال الخياطة وعمل الأبرار من النساء المغزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pekerjaan orang-orang lelaki yang baik ialah tukang jahit dan pekerjaan wanita-wanita yang baik ialah tukang pintal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 55, hadis nombor 300. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi, al-Zahabi dan selain mereka berdua berkata: Ia palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.