Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pekerjaan orang baik-baik dari kalangan lelaki umatku adalah tukang jahit

Teks Bahasa Arab

حديث: عَمَلُ الأَبْرَارِ مِنْ رِجَالِ أُمَّتِي: الْخِيَاطَةُ، وَأَعْمَالَ الأَبْرَارِ مِنَ النِّسَاءِ: الْمِغْزَلُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Pekerjaan orang baik-baik dari kalangan lelaki umatku adalah tukang jahit, manakala pekerjaan orang baik-baik dari kalangan wanita (umatku) adalah tukang tenun benang.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 151, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: أبو داود النخعي، وهو كذاب. وقد رواه تمام في فوائده بإسناد فيه موسى بن إبراهيم، وهو متروك.

Pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu Daud al-Nakhaie dan dia adalah seorang pembohong. Tamam telah meriwayatkannya di dalam kitab Fawaidnya dengan sanad padanya terdapat perawi bernama Musa bin Ibrahim dan dia adalah seorang perawi matruk (yang ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.