Pekerjaan lelaki-lelaki baik dalam kalangan umatku ialah menjahit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عمل ‌الأبرار من الرجال من أمتي الخياطة، وعمل الأبرار من أمتي من النساء المغزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pekerjaan lelaki-lelaki baik dalam kalangan umatku ialah menjahit. Manakala pekerjaan wanita-wanita baik dalam kalangan umatku pula ialah mengait.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591, hadis nombor 3036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌عمل ‌الأبرار من الرجال من أمتي الخياطة، وعمل الأبرار من أمتي من النساء المغزل)). [عد، ابن عساكر، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (109)].

(Palsu) Daripada Sahl bin Saad RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Pekerjaan lelaki-lelaki baik dalam kalangan umatku ialah menjahit. Manakala pekerjaan wanita-wanita baik dalam kalangan umatku pula ialah mengait. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq, Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 109].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.