Peganglah tangan-tangan orang yang fakir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اتخذوا مع الفقراء أيادي، فإن لهم في غد دولة، وأي دولة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peganglah tangan-tangan orang yang fakir, sesungguhnya mereka ada negara untuk hari esok, dan apa-apa negara.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis nombor 4436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب): ((اتخذوا مع الفقراء أيادي، فإن لهم في غد دولة، وأي دولة)). [حل، ((الضعيفة)) (1613)].

“Peganglah tangan-tangan orang yang fakir, sesungguhnya mereka ada negara untuk hari esok, dan apa-apa negara.”
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.1613].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.