Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pedang-pedang adalah pakaian para mujahid

Teks Bahasa Arab

السُّيُوفُ أَرْدِيَةُ المُجَاهِدينَ.

Teks Bahasa Melayu

Pedang-pedang adalah pakaian para mujahid.

Sahabat Perawi

  1. Zaid bin Thabit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis no. 5126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت رضي الله عنه مرفوعا: السيوف أردية المجاهدين. [المحاملي في الأمالي، الضعيفة (3739)].

(Lemah) Daripada Zaid bin Thabit RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ : Pedang-pedang adalah pakaian para mujahid. [Riwayat al-Mahamili dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3739]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.