Pastikan wanita-wanita kalian menutup aurat, (sekiranya mereka tidak menutup aurat), maka biarkan mereka kekal di rumah

TEKS BAHASA ARAB

أعروا النساء يلزمن الحجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pastikan wanita-wanita kalian menutup aurat, (sekiranya mereka tidak menutup aurat), maka biarkan mereka kekal di rumah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis nombor 8177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن مسلمة بن مخلد مرفوعا: ((أعروا النساء يلزمن الحجال)). [الأصم في ((حديثه))، خط، ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، طب، ابن منده، ابن الأعرابي، القضاعي، السلفي في ((الطبوريات))، خط، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2827)].

(Sangat Lemah)
Daripada Maslamah bin Mukhallad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pastikan wanita-wanita kalian menutup aurat, (sekiranya mereka tidak menutup aurat), maka biarkan mereka kekal di dalam rumah.))
[Riwayat al-Asim dalam hadisnya, al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Syuhukh, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn Mandah, Ibn al-’Arabi, al-Silafi dalam al-Taburiyat, al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn Asakir,dan al-Dhiya dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2827].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs