Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pasti akan ada dalam keturunan al-'Abbas

Teks Bahasa Arab

لَيَكُونَنَّ فِي وَلَدِ الْعَبَّاسِ مُلُوكٌ يَلُونَ أَمْرَ أُمَّتِي يَعِزَّ اللُه تَعَالَى بِهِمُ الدَّيْنَ.

Teks Bahasa Melayu

Pasti akan ada dalam keturunan al-'Abbas raja-raja yang akan menguruskan urusan umatku, Allah memuliakan agama dengan sebab mereka.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 69, hadis no. 388. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat pendusta dan hadith tersebut salah satu pendustaan pengampu Bani al-'Abbas.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.