Para wanita mengandungkan orang-orang yang berbuat kesalahan

TEKS BAHASA ARAB

الدجال تلده أمه وهي منبوذة في قبرها، فإذا ولدته حملت النساء بالخطائين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibunya melahirkannya sewaktu ibunya dibuang dalam kuburnya. Apabila ibunya melahirkannya, para wanita mengandungkan orang-orang yang berbuat kesalahan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379 – 1380, hadis nombor 7021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: ذكر الدجال عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال: الدجال تلده أمه وهي منبوذة في قبرها، فإذا ولدته حملت النساء بالخطائين.
[طس، عد، ((الضعيفة)) (6185)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Dajal pernah disebutkan di sisi Nabi SAW, lalu baginda bersabda: Ibunya melahirkannya sewaktu ibunya dibuang dalam kuburnya. Apabila ibunya melahirkannya, para wanita mengandungkan orang-orang yang berbuat kesalahan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6185]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.