Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدجالُ تلدُه أُمُّهُ وهي منبوذةٌ في قبرها، فإذا ولدتْهُ حملتِ النساءُ بالخطَّائينَ.
Teks Bahasa Melayu
Ibunya melahirkannya sewaktu ibunya dibuang dalam kuburnya. Apabila ibunya melahirkannya, para wanita mengandungkan orang-orang yang berbuat kesalahan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379 - 1380, hadis no. 7021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: ذكر الدجال عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال: الدجال تلده أمه وهي منبوذة في قبرها، فإذا ولدته حملت النساء بالخطائين. [طس، عد، ((الضعيفة)) (6185)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Dajal pernah disebutkan di sisi Nabi SAW, lalu baginda bersabda: Ibunya melahirkannya sewaktu ibunya dibuang dalam kuburnya. Apabila ibunya melahirkannya, para wanita mengandungkan orang-orang yang berbuat kesalahan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6185]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman