Para ulama umpama bintang-bintang yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan di darat mahupun di lautan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن مثل العلماء في الأرض كمثل النجوم يهتدى بها في ظلمات البر والبحر، فإذا انطمست النجوم؛ أوشك أن تضل الهداة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perumpamaan para ulama di muka bumi adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan di darat mahupun di lautan, apabila hilangnya bintang-bintang tersebut, hampir-hampir kamu kehilangan petunjuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289, hadis nombor 6601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن مثل العلماء في الأرض كمثل النجوم يهتدى بها في ظلمات البر والبحر، فإذا انطمست النجوم؛ أوشك أن تضل الهداة.
[حم، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (5874)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perumpamaan para ulama di muka bumi adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk dalam kegelapan di darat mahupun di lautan, apabila hilangnya bintang-bintang tersebut, hampir-hampir kamu kehilangan petunjuk.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, Riwayat al-Ramaharmuzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5874].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.