Para ulama akan dibunuh padanya sebagaimana dibunuhnya para pencuri

TEKS BAHASA ARAB

ليأتين على العلماء زمان يقتلون فيه كما يقتل اللصوص، فيا ليت العلماء يومئذ تحامقوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada para ulama satu zaman yang mereka akan dibunuh padanya sebagaimana dibunuhnya para pencuri. Moga-moga ulama pada zaman tersebut berpura-pura bodoh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1397 – 1398, hadis nombor 7089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن الوضين بن عطاء عمن حدثه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليأتين على العلماء زمان يقتلون فيه كما يقتل اللصوص، فيا ليت العلماء يومئذ تحامقوا.
[الداني في ((الفتن))، ((الضعيفة)) (6521)]

(Munkar)
Daripada al-Wadin bin ‘Ata’ daripada orang yang telah menceritakan kepadanya, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang kepada para ulama satu zaman yang mereka akan dibunuh padanya sebagaimana dibunuhnya para pencuri. Moga-moga ulama pada zaman tersebut berpura-pura bodoh.
[Riwayat al-Dani dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6521]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.