Para ulama adalah pemegang amanah Rasul terhadap hamba-hamba Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌العلماء أمناء الرسل على عباد الله ما لم يخالطوا السلطان، ويدخلوا في الدنيا، فإذا خالطوا ودخلوا في الدنيا فقد خانوا الرسل، فاعتزلوهم واحذروهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para ulama adalah pemegang amanah Rasul terhadap hamba-hamba Allah selagi mereka tidak bergaul dengan pemerintah dan mereka tidak masuk ke dalam dunia. Apabila mereka bergaul dengan pemerintah dan masuk ke dalam dunia, mereka akan mengkhianati para Rasul. Oleh itu, jauhilah mereka dan waspadalah terhadap mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1258, hadis nombor 6423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: العلماء أمناء الرسل على عباد الله ما لم يخالطوا السلطان، ويدخلوا في الدنيا، فإذا خالطوا ودخلوا في الدنيا فقد خانوا الرسل، فاعتزلوهم واحذروهم.
[عق، الرافعي، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2670)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Para ulama adalah pemegang amanah Rasul terhadap hamba-hamba Allah selagi mereka tidak bergaul dengan pemerintah dan mereka tidak masuk ke dalam dunia. Apabila mereka bergaul dengan pemerintah dan masuk ke dalam dunia, mereka akan mengkhianati para Rasul. Oleh itu, jauhilah mereka dan waspadalah terhadap mereka.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Rafi'ei, al-Dhiya' dalam al-Muntaqa Min Masmu'atihi Bi Murru. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2670]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.