Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يحشرُ المؤذِّنونَ يومَ القيامةِ علَى نوقٍ من نوقِ الجنَّةِ يقدُمُهم بلالٌ، رافِعي أصواتِهم بالأذانِ ينظرُ إليْهمُ الجمعُ، فيقالُ: مَن هؤلاءِ؟ فيقالُ: مؤذِّنو أمَّةِ محمَّدٍ ﷺ؛ يخافُ النَّاسُ ولا يَخافونَ، ويحزنُ النَّاسُ ولا يحزنونَ.
Teks Bahasa Melayu
Para tukang azan akan dibangkitkan pada hari kiamat di atas unta daripada unta-unta syurga, mereka diketuai oleh Bilal, dalam keadaan nyaringnya suara mereka melaungkan azan. Sekumpulan orang melihat kepada mereka lalu ditanya: "Siapakah mereka?" Maka dijawab: "Para tukang azan umat Muhammad ﷺ. Orang ramai merasa takut sedangkan mereka tidak takut. Orang ramai merasa sedih sedangkan mereka tidak merasa sedih".
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis no. 1895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «يحشرُ المؤذِّنونَ يومَ القيامةِ علَى نوقٍ من نوقِ الجنَّةِ يقدُمُهم بلالٌ، رافِعي أصواتِهم بالأذانِ ينظرُ إليْهمُ الجمعُ، فيقالُ: مَن هؤلاءِ؟ فيقالُ: مؤذِّنو أمَّةِ محمَّدٍ ﷺ؛ يخافُ النَّاسُ ولا يَخافونَ، ويحزنُ النَّاسُ ولا يحزنونَ». [خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (774)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Para tukang azan akan dibangkitkan pada hari kiamat di atas unta daripada unta-unta syurga, mereka diketuai oleh Bilal, dalam keadaan nyaringnya suara mereka melaungkan azan. Sekumpulan orang melihat kepada mereka lalu ditanya: "Siapakah mereka?" Maka dijawab: "Para tukang azan umat Muhammad ﷺ. Orang ramai merasa takut sedangkan mereka tidak takut. Orang ramai merasa sedih sedangkan mereka tidak merasa sedih". [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Bahgdadi dalam Tarikhnya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 774].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman