Para tawanan dalam keadaan berantai dan belenggu dibawa ke syurga dalam keadaan terpaksa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

{وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها}. أما {من في السماوات}؛ فالملائكة، وأما من في {الأرض}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {كرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنة وهم كارهون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

{Dan apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, sama ada suka mahupun terpaksa}. Adapun maksud {apa yang ada di langit} adalah para malaikat, maksud {apa yang ada di bumi} adalah manusia yang dilahirkan atas agama Islam, manakala maksud {secara paksa} adalah para tawanan umat-umat yang dalam keadaan berantai dan belenggu, mereka dibawa ke syurga dalam keadaan terpaksa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1370 – 1371, hadis nombor 6983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: {وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها}. أما {من في السماوات}؛ فالملائكة، وأما من في {الأرض}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {كرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنة وهم كارهون.
[طب، ((الضعيفة)) (5603)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: {Dan apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, sama ada suka mahupun terpaksa}. Adapun maksud {apa yang ada di langit} adalah para malaikat, maksud {apa yang ada di bumi} adalah manusia yang dilahirkan atas agama Islam, manakala maksud {secara paksa} adalah para tawanan umat-umat yang dalam keadaan berantai dan belenggu, mereka dibawa ke syurga dalam keadaan terpaksa.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5603]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.