Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
{وَلَهُ أسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا}. أمَّا {مَن في السَّماواتِ} فالملائكةُ وأمَّا مَن في {الأرضِ} فمَن وُلِدَ علَى الإسلامِ، وأمَّا {كَرْهًا} فمَن أُتِيَ بهِ مِن سبايا الأُممِ في السَّلاسلِ والأغلالِ يُقادونَ إلى الجنَّةِ وَهم كارِهونَ.
Teks Bahasa Melayu
{Dan apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, sama ada suka mahupun terpaksa}. Adapun maksud {apa yang ada di langit} adalah para malaikat, maksud {apa yang ada di bumi} adalah manusia yang dilahirkan atas agama Islam, manakala maksud {secara paksa} adalah para tawanan umat-umat yang dalam keadaan berantai dan belenggu, mereka dibawa ke syurga dalam keadaan terpaksa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1370 - 1371, hadis no. 6983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: {وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها}. أما {من في السماوات}؛ فالملائكة، وأما من في {الأرض}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {كرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنة وهم كارهون. [طب، ((الضعيفة)) (5603)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: {Dan apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, sama ada suka mahupun terpaksa}. Adapun maksud {apa yang ada di langit} adalah para malaikat, maksud {apa yang ada di bumi} adalah manusia yang dilahirkan atas agama Islam, manakala maksud {secara paksa} adalah para tawanan umat-umat yang dalam keadaan berantai dan belenggu, mereka dibawa ke syurga dalam keadaan terpaksa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5603]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman