Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا أخبرُكم بشرِ الشهداءِ؟! الذين يشهدون قبلَ أن يُسْتشهَدُوا.
Teks Bahasa Melayu
Mahukah engkau aku khabarkan keburukan para syuhada’? Iaitu mereka yang bersaksi sebelum mereka mati syahid.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 795, hadis no. 4095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا اللفظ) ألا أخبركم بشر الشهداء؟! الذين يشهدون قبل أن يستشهدوا. [(الضعيفة) (4867)]
(Tiada asalnya dengan lafaz ini) Mahukah engkau aku khabarkan keburukan para syuhada’? Iaitu mereka yang bersaksi sebelum mereka mati syahid. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4867]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman