Para syuhada di sisi Allah berada di atas mimbar

TEKS BAHASA ARAB

الشهداء عند الله على منابر من ياقوت في ظل عرش الله يوم لا ظل إلا ظله على كثيب من مسك فيقول لهم الرب: ألم أف لكم وأصدقكم؟ فيقولون: بلى، وربنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para syuhada di sisi Allah berada di atas mimbar yang diperbuat daripada permata. Mereka berada di bawah lindungan Arasy Allah dengan timbunan kasturi. Allah berfirman kepada mereka: Adakah Aku telah memenuhi janji dan berkata benar kepada kalian?. Mereka menjawab: Ya wahai Tuhan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1016, hadis nombor 5230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: الشهداء عند الله على منابر من ياقوت في ظل عرش الله يوم لا ظل إلا ظله على كثيب من مسك فيقول لهم الرب: ألم أف لكم وأصدقكم؟ فيقولون: بلى، وربنا. [عق, الضعيفة (5902)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Para syuhada di sisi Allah berada di atas mimbar yang diperbuat daripada permata. Mereka berada di bawah lindungan Arasy Allah dengan timbunan kasturi. Allah berfirman kepada mereka: Adakah Aku telah memenuhi janji dan berkata benar kepada kalian?. Mereka menjawab: Ya wahai Tuhan. [Riwayat Al-‘Uqailiyy dalam al-Dhu’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5902].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs