Para sultan itu adalah teduhan Allah di bumi

TEKS BAHASA ARAB

السلطان ظل الله في الأرض، فمن أكرمه أكرمه الله، ومن ‌أهانه ‌أهانه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para sultan itu adalah teduhan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakan mereka maka mereka telah memuliakan Allah, sesiapa yang menghina mereka, maka mereka telah menghina Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 779, hadis nombor 3991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((السلطان ظل الله في الأرض، فمن أكرمه أكرمه الله، ومن ‌أهانه ‌أهانه الله)). [ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (1662)]

(Lemah) Daripada Abi Bakrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Para sultan itu adalah teduhan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakan mereka maka mereka telah memuliakan Allah, sesiapa yang menghina mereka, maka mereka telah menghina Allah. [Riwayat Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1662]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs