Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Para sultan itu adalah teduhan Allah di bumi

Teks Bahasa Arab

السلطانُ ظِلُّ اللهِ في الأرضِ، فمَن أكرمَه أكرمَه اللهُ، ومَن أهانه أهانه اللهُ.

Teks Bahasa Melayu

Para sultan itu adalah teduhan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakan mereka maka mereka telah memuliakan Allah, sesiapa yang menghina mereka, maka mereka telah menghina Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abi Bakrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 779, hadis no. 3991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((السلطان ظل الله في الأرض، فمن أكرمه أكرمه الله، ومن ‌أهانه ‌أهانه الله)). [ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (1662)].

(Lemah) Daripada Abi Bakrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Para sultan itu adalah teduhan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakan mereka maka mereka telah memuliakan Allah, sesiapa yang menghina mereka, maka mereka telah menghina Allah. [Riwayat Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1662] .

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.