Para sahabatku seperti bintang-bintang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أصحابي كالنجوم، بأيهم اقتديتم؛ اهتديتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para sahabatku seperti bintang-bintang, mana-mana yang kalian ikuti mereka nescaya kalian akan mendapat petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis nombor 8937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أصحابي كالنجوم، بأيهم اقتديتم؛ اهتديتم)). [ابن عبد البر في ((جامع العلم))، ابن حزم في ((الإحكام))، ((الضعيفة)) (58)]

(Palsu)
Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Para sahabatku seperti bintang-bintang, mana-mana (daripada kalangan mereka) yang kalian ikuti mereka nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
[Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dalam Jāmi‘ al-‘Ilm, Ibn Ḥazm dalam al-Iḥkām. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 58]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.