Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أصحابي كالنُّجومِ، بأيِّهِمُ اقتديْتُمْ؛ اهتديْتُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Para sahabatku seperti bintang-bintang, mana-mana yang kalian ikuti mereka nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis no. 8937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أصحابي كالنجوم، بأيهم اقتديتم؛ اهتديتم)). [ابن عبد البر في ((جامع العلم))، ابن حزم في ((الإحكام))، ((الضعيفة)) (58)]
(Palsu) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Para sahabatku seperti bintang-bintang, mana-mana (daripada kalangan mereka) yang kalian ikuti mereka nescaya kalian akan mendapat petunjuk. [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dalam Jāmi‘ al-‘Ilm, Ibn Ḥazm dalam al-Iḥkām. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 58]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman