TEKS BAHASA ARAB
حديث: أصحابي أهل إيمان وعمل أربعين، وأهل بر وتقوى إلى الثمانين، وأهل تواصل وتراحم إلى العشرين ومائة وأهل التدابر وتقاطع إلى الستين ومائة، ثم الهرج الهرج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga 40 tahun, ahli kebajikan dan takwa sehingga 80 tahun, mereka ahli penyambung ikatan persaudaraan dan kasih sayang sehingga 120 tahun, mereka suka memutuskan ikatan persaudaraan dan saling membelakangi (bercerai-berai) hingga 160 tahun, lalu setelah itu muncul banyak peperangan dan fitnah yang dasyat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 39-40, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع.
Palsu.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.