Para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga tahun ke-40

TEKS BAHASA ARAB

 أَصْحَابِي أَهْلُ إِيمَانٍ وَعَمَلٍ إِلَى أَرْبَعِينَ وَأَهْلُ بِرٍّ وَتَقْوَى إِلَى الثَّمَانِينَ وَأَهْلُ تَوَاصُلٍ وَتَرَاحُمٍ إِلَى الْعِشْرِينَ وَمِئَةٍ وَأَهْلُ تَقَاطُعٍ وَتَدَابُرٍ إِلَى الْسِّتِّينَ وَمِئَةٍ ثُمَّ الْهَرَجَ الْمَرَجَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga tahun ke-40, ahli kebajikan dan takwa sehingga tahun ke-80, mereka ahli penyambung ikatan persaudaraan dan kasih sayang sehingga tahun ke-120, mereka suka memutuskan ikatan persaudaraan dan saling membelakangi (bercerai-berai) hingga tahun ke-160, lalu setelah itu muncullah banyak peperangan dan fitnah yang dasyat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang kesemuanya palsu. Antara contoh lain telah kami huraikan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.”

…. Hadis lain:
إِذَا كَانَتْ سَنَةُ سِتِّينَ وَمِئَةٍ كَانَ كَذَا وَكَذَا
“Pada tahun 160, akan terjadi demikian dan demikian”
Hadis lain:
أَصْحَابِي أَهْلُ إِيمَانٍ وَعَمَلٍ إِلَى أَرْبَعِينَ وَأَهْلُ بِرٍّ وَتَقْوَى إِلَى الثَّمَانِينَ وَأَهْلُ تَوَاصُلٍ وَتَرَاحُمٍ إِلَى الْعِشْرِينَ وَمِئَةٍ وَأَهْلُ تَقَاطُعٍ وَتَدَابُرٍ إِلَى الْسِّتِّينَ وَمِئَةٍ ثُمَّ الْهَرَجَ الْمَرَجَ

“Para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga tahun ke-40, ahli kebajikan dan takwa sehingga tahun ke-80, mereka ahli penyambung ikatan persaudaraan dan kasih sayang sehingga tahun ke-120, mereka suka memutuskan ikatan persaudaraan dan saling membelakangi (bercerai-berai) hingga tahun ke-160, lalu setelah itu muncullah banyak peperangan dan fitnah yang dasyat.”
——————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh al-‘Uqaili di dalam adh-Dhu’afa (3/427), daripada jalan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/471). Ibnu Jauzi berkata hadis ini tidak ada asal padanya.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon