Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Para sahabatku adalah ahli iman dan amal

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: أَصْحَابِي أهل إِيمَان وَعمل أَرْبَعِينَ، وَأهل بر وتقوى إِلَى الثَّمَانِينَ، وَأهل تواصل وتراحم إِلَى الْعشْرين وَمِائَة وَأهل التدابر وتقاطع إِلَى السِّتين وَمِائَة، ثمَّ الْهَرج الْهَرج.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga 40 tahun, ahli kebajikan dan takwa sehingga 80 tahun, mereka ahli penyambung ikatan persaudaraan dan kasih sayang sehingga 120 tahun, mereka suka memutuskan ikatan persaudaraan dan saling membelakangi (bercerai-berai) hingga 160 tahun, lalu setelah itu muncul banyak peperangan dan fitnah yang dasyat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 39-40, hadis no. 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.