Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانوا معَ النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ في مَسيرٍ فانتَهَوا إلى مَضيقٍ وحضرتِ الصَّلاةُ فمُطِروا السَّماءُ من فوقِهِم والبلَّةُ مِن أسفلَ منهُم فأذَّنَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ وَهوَ على راحلتِهِ وفي رواية: فأمرَ المؤذِّنَ فأذَّنَ وأقامَ أو أقامَ بغيرِ أذانٍ فتقدَّمَ على راحلتِهِ فصلَّى بِهِم يؤمئ إيماءً يَجعلُ السُّجودَ أخفضَ منَ الرُّكوعِ
Teks Bahasa Melayu
Para sahabat pernah pergi bersama Rasulullah SAW dalam permusafiran. Apabila mereka tiba di satu kawasan, masuk waktu solat. Langit mula hujan dan tanah mula basah. Rasulullah SAW pun mula melaungkan azan di atas haiwan tunggangan baginda. Dalam riwayat lain menyebut : Baginda memerintahkan seseorang untuk melaungkan azan dan iqamah atau melaungkan iqamah tanpa azan. Kemudian Baginda pergi ke hadapan dan mengimami solat. Baginda memberikan isyarat supaya menjadikan sujud lebih rendah dari rukuk.
Sahabat Perawi
- Ya'la bin Murrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023, hadis no. 5256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA, beliau berkata: Para sahabat pernah pergi bersama Rasulullah SAW dalam permusafiran. Apabila mereka tiba di satu kawasan, masuk waktu solat. Langit mula hujan dan tanah mula basah. Rasulullah SAW pun mula melaungkan azan di atas haiwan tunggangan baginda. Dalam riwayat lain menyebut : Baginda memerintahkan seseorang untuk melaungkan azan dan iqamah atau melaungkan iqamah tanpa azan. Kemudian Baginda pergi ke hadapan dan mengimami solat. Baginda memberikan isyarat supaya menjadikan sujud lebih rendah dari rukuk. [Al-Tirmizi dalam Jami’ beliau, al-Daraqutni dalam Sunan beliau, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau; al-Dha’ifah, no. 6434].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman