Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Para pemimpin pada akhir zaman yang zalim, fasik dan dusta

Teks Bahasa Arab

يكونُ في آخرِ الزَّمانِ أمراءُ ظلمه، ووُزَراءُ فسقه، وقضاةٌ خوَنةٌ، وفقَهاءُ كذبه، فمن أدرَكَهُم فلا يَكوننَّ لَهُم عرِّيفًا، ولا جابيًا، ولا خازنًا، ولا شُرطيًّا.

Teks Bahasa Melayu

Akan ada pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang khianat, dan para fuqaha (mufti) yang berdusta. Oleh itu, sesiapa yang menemui mereka, maka janganlah dia menjadi wakil (sesebuah kaum), pemungut (cukai), penjaga (harta) dan pengawal (polis) untuk mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1330, hadis no. 6793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يكون في آخر الزمان أمراء ظلمة، ووزراء فسقة، وقضاة خونة، وفقهاء كذبة، فمن أدركهم فلا يكونن لهم عريفاً، ولا جابياً، ولا خازناً، ولا شرطياً. [خط، ((الضعيفة)) (3309)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan ada pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang khianat, dan para fuqaha (mufti) yang berdusta. Oleh itu, sesiapa yang menemui mereka, maka janganlah dia menjadi wakil (sesebuah kaum), pemungut (cukai), penjaga (harta) dan pengawal (polis) untuk mereka. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3309]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.