Para Nabi jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan mereka akan segera menunaikan solat

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أصابه ‌خصاصة ‌نادى أهله: ((يا أهلاه! صلوا صلوا)) . قال ثابت: وكانت الأنبياء إذا نزل بهم أمر فزعوا إلى الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Jika baginda ditimpa sesuatu kesusahan baginda akan menyeru ahli keluarganya: ((Wahai ahli keluargaku! Solatlah solatlah.)) Thabit berkata: “Para Nabi jika mereka ditimpa sesuatu mereka akan segera menunaikan solat.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 608, hadis nombor 3158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت، قال: ((كان إذا أصابه ‌خصاصة ‌نادى أهله: يا أهلاه! صلوا صلوا)) . قال ثابت: (( وكانت الأنبياء إذا نزل بهم أمر فزعوا إلى الصلاة)). [ابن أبي حاتم في ((تفسيره))، هب، ((الضعيفة)) (2760)].

(Lemah)
Daripada Thabit beliau berkata: “Jika baginda ditimpa sesuatu kesusahan baginda akan menyeru ahli keluarganya: ((Wahai ahli keluargaku! Solatlah solatlah.)) Thabit berkata: “Para Nabi jika mereka ditimpa sesuatu mereka akan segera menunaikan solat.”
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2760].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs