Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأنبياءُ قادةٌ، والفُقَهاءُ سادَةٌ، ومَجالِسُهُم زيادةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Para Nabi itu adalah pemimpin, para fuqaha' pula adalah ketua dan majlis-majlis mereka adalah penambahan.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230, hadis no. 6259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: الأنبياء قادة، والفقهاء سادة، ومجالسهم زيادة. [قط، القضاعي، ((الضعيفة) (42)].
(Palsu) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Para Nabi itu adalah pemimpin, para fuqaha' pula adalah ketua dan majlis-majlis mereka adalah penambahan. [Riwayat al-Daraqutni, al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.42].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman