Para nabi ialah pemimpin manakala para fuqaha ialah tuan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الأنبياء قادة والفقهاء سادة ومجالستهم زيادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para nabi ialah pemimpin manakala para fuqaha ialah tuan. Duduk bersama mereka ialah satu kelebihan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْخُلَاصَة قَالَ الصغاني «الأَنْبِيَاءُ قَادَةٌ وَالْفُقَهَاءُ سَادَةٌ وَمُجَالَسَتُهُمْ زِيَادَة» مَوْضُوع.

Dalam kitab Al-Khulasah, Al-Saghani berkata:
Maksudnya: “Para nabi ialah pemimpin manakala para fuqaha ialah tuan. Duduk bersama mereka ialah satu kelebihan.”
Hadis ini ialah hadis yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.